Monday, November 22, 2010

Suratan atau Kebetulan...

"Slamat Pengantin Baru" untuk kakak ku yang dah pun selamat menikah pada hari jumaat lalu...



Pada hari itu, macam2 hal jadi..tp alhamdulillah, semuanya dah pun selamat.

Malamnyer plak, aku terus bergegas balik ke Shah Alam balik.
Sebab esoknyer (20/11), aku perlu ambil jubah konvo aku pula.
Naik bas pukul 11 malam dan sampai pukul 4 pagi.
Pukul 8 dah kena amik jubah.
Lepas segala2nya selesai, kami wat reunion kejap..
Makan di restoran mne tah..hampir 1 klas gak la pegi.
Sangat happening. cme sayangnyer xde lecturer la.
Then, pukul 4 petang, aku bertolak balik ke jb semula.
Gilerr, cuma 12 jam di Shah Alam.

Masa dalam bas otw balik ke jb, aku duduk double seat. Sebelah aq lelaki.
Ada jugak la kami berborak sedikit.
Dier yang bertanya dan aku cuma menjawab. lebih2 lagi bila ternampak beg konvo aku.
Kemudian masing2 senyap.
Aku xtahu kenapa, tapi aku rasa agak familiar dengan dak laki 2.
Rasa cam dah lama kenal or something like that la..
Jangan salah paam, bukannyer aku tertarik or something like that k.
Aku curi2 tengok muka dier. Muka macam sedara-mara belah ayah je.
Tak tau kenapa, tapi aku sangat2 yakin.
Nak tegur malu, yela..aku ni pompuan. Kang dia ingat aku nak ngorat dia pulak.
Then, ble hampir nak sampai, dia kol famili dia dan ada menyebut tentang kota tinggi dan penawar.
Ni memang konfem ni..
So, aku beranikan diri bertanya..

Aku: Nak pegi bandar penawar ke?
Dia: Aah..
Aku: Kenal A***?? (aku petik je nama sedara mara belah ayah)
Dia: A*** mana??
Aku: Owh, mungkin silap orang kot.
Dia: A*** bin ape??
Aku: A*** bin A**n.
Dia: owh, dia anak sedara saya. (sambil wat muka kompius)
Aku: Owh, kalau camtu, kita ni sedara la..
Dia: (bertambah2 kompius)
Aku: kenal tak M? Dia ayah saya.
Dia: Owh..(sambil gelak2 xpercaya)

Dia yang aku jumpa diatas bas itu adalah sepupu aku, I. Lawak betol kan bila sepupu sendiri pun tak kenal. N boleh pulak berjumpa dalam bas, duduk sebelah je pulak tu. Suratan atau kebetulan? Kemudian kami pun berborak2 dan bertukar cerita macam dah lama kenal. Ajaib sungguh.
tak sempat nak berjumpa dengan 'si dia' semasa di Shah Alam.

p/s: 26 aribln ni, aku akan kembali ke Shah Alam. Hari konvo...
elisya_308=)

Tuesday, November 16, 2010

Home Sweet Home

Pada pkol 2 pagi smlm, sampai  jugak aku ke jb. Akhirnyer selesai sudah final examku. Final dh lepas. Tapi aku still tension memikirkn result yang akan keluar. Aku sedar, aku jawap pun tah pape. So, klo result teruk 2 memang dah agak n mmg padan muka la. Bayangkn, time peksa aku leh terpikir pasal nak berenti (wat de hell kn??). Ptutnyer pikir tuk jawap peksa. adoiii.

To be honest, memang degree tak sama ngan dip. Sangatttt....(pfffff). Klo dip, ape yang kita blajar, itu lah yang kuar. tapi degree, ko jangan harap la..dier just bagi fakta, then suruh Kite summarize. Ade soklan 2 lagi la..sampai aku tak tau ape yang dier nak sebenarnyer. Seriusly memang sangat susah k..mungkin limit aku sampai dip je kot. Ye, aku sedar aku ni takdelah pandai. Kene usaha sangat2 lebih untuk bersaing. bila aku terleka sikit, memang tertinggal jauh la. Sem depan memang kne usaha lebih ni, usaha lebih keras lagi..chaiyok2..

Time kat bas masa otw balik 2, ade je penumpang yang wat hal. wat aku tambah tension jerk. Bayangkan, orang belakang aku leh lak bukak movie keling kat laptop dier (rasanyer la). Gilerr kuat lak. Ape??? nak ajak aku join sekaki ke ape..then ble mamat 2 dah abis tengok movie dier, orang depan aku lak wat hal. Pi bukak lagu siam kuat2. Kot ye pun ko bosan, nak dengar lagu, dengar sorang2 cukup la. Aku tak teringin la nak belajar bahasa kebangsaan ko 2..hish, sungguh mengganggu mimpi2 indah aku je. aku nak je cakap, ko tak pernah tau pasal kewujudan earfon ke?? nak aku bagi pinjam?? pergh, gilerr tension. Last2 kena sound 2 kali baru reti diam ( bukan aku yang sound k) klo tak reti diam jugak, biar aku humban ko keluar...huahaha(gilerr jahat).

p/s: semalam bz membuat hantaran, last2 sakit kepala yang tak dapat ditanggung..aku trus brenti. Maaf ye, kakak ku, mak n nenek. arini nak gi umah paksu lak...bz sungguh...

elisya_308=)

Saturday, November 13, 2010

Hari bersamanya....

finally, the day had came...
finally, i met u......

errrr...
dont know what to say...
sangat simple kn...cuma 2 jam..
hak2..lawak plak...
masing2 diam membisu..
bila nak bercakap ni..
masa terbuang dengan tengok orang lalu lalang jerk..

sori..
masih tak biasa...
n kinda pelik..
ahaha...

sori...
kalau lepas ni dah berubah sikit..
coz bila dah jumpa ni jadi segan lak..
dont worry...xkan berubah banyak punya...

(shinichi n ran: stay by my side)

err..
could u please smile more..
coz when u are not smiling, it look like u having a problem
smile for me...please...thanks
(jangan curi2 tengok tau..xelok..ahaha)


p/s: esok last paper...tp sempat lagi tu...ahaha..tah pape

elisya_308=)
-segan xabis lg..ngok-

Wednesday, November 10, 2010

Konflik dalaman..

dh lme rpenye x update. byk yg jd tp sbb ke'tension'an n ke'strees'an yg melampau wat aq xde mood utk wat sume bnde. yg aq wat cme buang mse dpn lptop n do nothing. but ofcoz im studying ok...cme xmsuk otak. xtau npe. too much thing to think kot...

tension yg amat. setakat ni dh 4 paper n cme tggl 1 paper je lg. tp knp aq rse cm sume paper aq sgt teruk. knp? knp?? KENAPA???!!! arghh..tension sdh dtg. aq rse mcm akan fail. serius. bkn 1 tp sume. giler?? feeling so down..dh xde mood nk amek last paper 2.

2la..smpi aq rse cm nk brenti. drpd mengabiskn wit mak bpk, mse n tenaga...tp.....ish, keje gilerr..arghhh!!!!
knp jd cmni?? slh sendiri? persekitaran? atau alam degree yg berbeza ngan alam dip. haha..jgn menyalahkn org len. salahkn dri sindri dlu. btol...aq sedar aq byk main. xsedar diri..haha. sempat ke utk berubah??? insyallah sempat..jgn berpatah blk. aq harus teruskn ape yg aq dh mlekn. ye btol..haha(bg semangat kt dri sindri) mgkin sem ni xsempat, tp sem depan msih belom terlambat.

p/s: aq tau result aq akan teruk..sblom pape, mintak maaf mak ayah...*sigh
btw, esk aq akn mengangkut brg ke puncak
elisya_308=(
-feeling so down-

Wednesday, November 3, 2010

konpius????

seseorg yg ku anggap kwn menyatakan sygnya pdku...
aq hanya ketawa kerana menyangkakan yg dier hny bergurau. tp rpenyer z serius.
katanya dier mahu aq menyatakan syg kpdnya wlupun hanya sekali. dlm ati aq...kau gilerrr. tp aq hny berdiam. diasaknyer perbagai persoalan. dan akhirnyer aq cume berkte aq cme menyayanginyer sbg kwn. xlbh n xkurang. n aq menyatakan aq sdh pun mempunyai seseorg yg istimewa.
z hny tertawa. menyangkakan aq bergurau. siap sruh aq hntar gmbr...wth!!
tidak cukup dengan itu, z mengajak aq keluar.
aq setuju, tp harus dibawa rakanku yg lain.
z xnk..ktenyer hny aq.
aq terdiam. biar aq tny si dia dlu.

aq sdh pun msg z dan dier phm with my new relationship status mgkin. sbb z xrply pun msg aq.

p/s: maaf, bukan niat aq...kt hny kwn. xlbih dri itu. kpd si dia, aq akan sentiasa jujur pdmu coz u are the only one and will always be..
elisya_308=)
-dh xkonpius lg-

Tuesday, November 2, 2010

Jangan Kecewakan Orang yang Mencintai kamu...

1.    Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.    Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.    Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.    Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.     Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.    Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.    Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8.    Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.    Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s: tbe2 teringat kisah lme...maaf..
elisya_308=(