Thursday, June 30, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Rindu...

akhirnya dapat balik laptop aku..
warghhh..rindunyer nak online..
selama takde laptop ni aku rasa cam banyak benda aku nak citer kat sini..
tapi bila dah dapat...aduss, cam malas je nak tulis..hahahah..
tak payah la..lagipun benda dah lepas kan..

oh, selama beberapa minggu ni kakak pinjam laptop.
Tu yang tak dapat mengonlinekan diri...

haha..masa tak dapat, rindu nak on9.
Yela, dah ari2 benda ni yang aku hadap..bila takde rasa pelik pulak..
tapi bila dah biasa tak on9, tak dapat on9 pun dah tak kesah..
sampai tak tau nak watpe dah...

Friday, June 10, 2011

Kelas batal, jom kita meronggeng..haha

Arini kuar ikut mak pi beli barang..takde la beli ape pun. Cuma beli oven je. Cian mak oven dah rosak..ada la dalam beberapa hari la jugak. Rugi xdapat wat kuih bakar tau. So, bila nak kuar rumah baru aku perasan kasut aku dah rosak..ish3, takkan la pakai wat blaja kete sampai rosak kot. Haha..takde la, kasut tu dah lama jugak la. Aku beli time kat Langkawi dulu. Patu pegi mana je lenjan pakai kasut tu..mana nak tahan kan. So, pakai jela sandal, sekali sandal pun rosak..aduss, tajam sangat ke kaki aku ni. So, nak taknak pakai jela kasut yang ade..hehe, akak, pinjam kasut tau..:p

Mak berjaya beli oven jenama zanussi. Jauh mencari ni. Sampai ke...mana tah. Bukan aku tau jalan pun..haha.
Mak target harga oven around seribu jela...sekali dah tawar pun dapat la RM1220 je. Ni pun mak tawar dari harga RM1550 tau..hebat tak hebat mak aku tawar..

Lepas beli oven, turn aku pulak untuk beli kasut..penting tu untuk aku belaja kete nanti. Tak tau nak cari katne last2 pi Larkin je sebab itu la yang paling dekat ngan kedai letrik tadi. Lagipun orang yang nak antar oven tu asyik kol je taktau jalan nak ke umah kitorang..ish, kacau je orang nak shopping la.
Sempat pi 1 kedai je. Tu pun xde choice. Cuma ada 1 je kasut yang jenis kasual. Nak taknak terpaksa la beli.
Pastu lalu pulak kat Medan Selera kat Larkin tu..teringin pulak nak mam kacang pool. Sedapnyer. Tak makan pun, tapau bawak balik je..yela, puasa kot...hehe..

kacang pool

roti bakar kacang pool

Thursday, June 9, 2011

Ade ke takde ni??

Baru 2 hari berturut2 blaja kete, aku dah penat dah..
camne la nak habiskan 10 jam dalam 5 hari berturut2 ni??
Adusss...
Lawak je kan..orang lain hari2 bawak kete relaks je..aku baru 2 hari.
Tu pun sehari 2 jam je..mungkin sebab tak biasa kot. Yela, saya budak baru belajar.

So, balik je dari kelas, aku terus tanya mak boleh tak cancel klas besok n sambung minggu depan jelah.
Mak suruh aku mesej akak IMBR tu. So aku pun mesej la..tapi dia tak reply pun.
Tiba2 time aku tidur petang (buruk punya perangai kan) dalam kol 4 cmtu la, dia kol cakap kelas esok cam biasa, xleh cancel la bla bla bla...
Aku pulak cuma mengiakan jelah. Yela, dah tengah mamai kot.
Pastu, balik je mak dari men badminton mak cakap besok takde klas, minggu depan baru sambung.
Aku dah konpius dah..
Rupanya mak ada mesej akak tu kononnyer esok takleh pi klas sebab ada hal.
So aku tak tau nak ikut yang mana. Esok ada kelas ke takde ni?
Last2 aku tak pegi pun..haha

Tuesday, June 7, 2011

Eliss is back on track..

haha..tajuk tah pape je kn..
Besok aku akan start balik belajar memandu yang dah terbengkalai sebab aku sambung belajar.
Last aku belajar tahun lepas..lama tu. Time tu pun sebab nak dapatkan L.
Tak tau la aku ingat lagi ke tak..kita tengok jelah apa yang jadi besok..
Takotnyer...

p/s: 5 perkara yang kena wat sebelum bawa kete pun aku dah lupa..haha..

Wednesday, June 1, 2011

Basikal elektrik

Hari tu adik ada mintak dengan mak untuk belikan dia basikal elektrik sebab kat universiti dia jarang ada bas so susah nak gi kelas. Kalau jalan kaki lak cam jauh. So, aku pun ikut la mak pi usha basikal motor kat kedai motor.

Aku ada la cari info sikit kat google...n ni yang aku dapat..




Basikal mesra alam dan berkuasa teknologi pertama di Malaysia. Sesuai untuk pengangkutan disekitar kampung/perumahan, universiti, sekolah dan perindustrian.
- hanya 30 sen untuk 80 kilometer (kos elektrik)
- bateri boleh dicas semula.
- sistem dua dalam satu iaitu kayuhan dan kuasa elektrik tanpa kayuh.
- penyelenggaraan mudah
- tanpa lesen memandu/cukai jalan
- alat ganti ada dijual (dikedai menjual basikal elektrik)
- mesra alam
- tanpa petrol dan enjin
- tahan lasak
- tiada asap
- jimat dan praktikal
- jaminan daripada pengeluar

3 jenis basikal elektrik
- berkuasa 48volt (body bentuk skuter) RM2200
- berkuasa 48volt (body bentuk basikal) RM2100
- berkuasa 38volt (body bentuk basikal) RM1900


Rupa-rupanya ada jenis2 dia..
Yang ni pulak yang mak nak belikan untuk adik. Dari harga RM2000 tawar punya tawar dapat la RM1500. Then mesej adik la tanya dia nak kaler pe, skali dia taknak pulak. Mak aku dah excited dah nak beli tau. Yela, mungkin mahal kot..macam baik beli motor je kan..

Ada kaler pink and biru. Siap ada gambar2 katun lagi tau

p/s: teringin nak tengok adik bawak..haha. Aku pun teringin nak bawak la...