Tuesday, February 14, 2012

Tips kecantikan sepanjang zaman..

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
semoga dapat diaamalkan..insyaallah
sources: facebook persatuan bangsa johor

Saya pun nak yg camtu gak...leh dapat tak agak-agak?

Sunday, February 12, 2012

mulakan harimu dengan doa...

YA ALLAH..

PadaMU ku limpahkan segala keringat doaku agar diriMU melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga kami, insan yang kami cintai serta sahabat-sahabat kami serta berikanlah kami keselamatan..

YA RAHMAN YA RAHIM..

Berikanlah kesihatan pada badan, telinga, kesihatan pada mata kami dan semua insan yang kami sayangi dan cintai, dan kami berlindung kepadaMU dari kekufuran, dan kepapaan..

YA RAHMAN YA RAHIM..

Kami semua berlindung kepadaMU dari kesengsaraan azab kubur, tiada TUHAN melainkan ENGKAU..

YA RABBI..

Aku memohon perlindungan dengan kalimah ALLAH yang sempurna daripada kemurkaanNYA, azabNYA, daripada kejahatan hambaNYA, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekati ku dan semua insan yang aku cintai dan sayangi..dan padaMU YA RABBI, tidak ada yang mudah melainkan ENGKAU jadikannya mudah dan ENGKAU menghapuskan dukacita dengan mudah jika ENGKAU hendaki..

YA LATIFF

Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

YA WAHID

Ya Allah sesungguhnya aku bermohon perlindungan untuk diriku dan semua insan yang kucintai daripada kerunsingan dan dukacita, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada perasaan penakut dan bakhil dan daripada belenggu hutang dan tekanan orang.

Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah…

AMIN YA RABBAL ALAMIN..


sources: facebook