Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Merdeka Raya semua..:)


Selamat menyambut kehadiran Syawal di tahun 2011 ini..
Semoga kita masih bertemu di Ramadhan yang akan datang..
Saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa dan terlanjur kata kepada rakan2 yang mengenali diri ini..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Tak lupa juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54..

Friday, July 29, 2011

Apam polkadot ditempah

semalam mak ada wat apam polkadot ni..
sebab ada yang menempah bila rasa yang mak wat hari tu..
tapi tak berapa jadi macam hari tu la..
apamnyer siap merekah2 pulak..
n jem pun terkeluar..mungkin sebab letak jem senget kot..
n mungkin jugak sebab apamnyer lebih lembut dari hari tu..
agaknyer la...haha

ni la apam yang tak berapa nak menjadi tu..beza kan dari yang haritu

p/s: jadi ke tak ye nak jual apam ni kat bazar ramadhan? tunggu and lihat je la..

Wednesday, July 27, 2011

Last practice before test..

Aku ada la amek test JPJ balik yela sebab fail hari tu kan..
bese la..bila nak amek balik memang la diberi 2 jam masa lagi untuk praktis balik..
so, masa aku belajar tu..pengajar tu nasihatkan aku untuk tambah masa and kalau boleh sehari sebelum test la..
yela, dia tengok cara aku pun macam belum sedia kan..

bila dah dua2 yang ngajar cakap camtu..maksudnyer betul la..(ke dorang saja nak untung lebih?)
tak kesah la kan...
so, aku pun tambah la masa sampai 2jam tu..haha..

gigih tau berlatih..dah la dapat kereta yang ada handbrek problem.
Takde la problem sangat cuma handbrek tu kena tarik kuat2..
memang problem la lagi2 time kat bukit..berkali2 aku try kot..
dah elok2 masuk..dah siap tarik handbrek lagi..skali jatuh jugak...hadoii...

sampai merah tangan aku tarik handbrek..

p/s: dah selesai pun test JPJ..alhamdulillah la..walaupun tak lulus tapi tak la fail..konpius?? lantak!!!

Friday, July 15, 2011

Apam polkadot..

Jiran sebelah buat kenduri, so mak pun sponsor la apam polkadot ni..aku cuma membantu je..


comelkan apam ni...colorful gitu...
owh, dalam dia ada jem blueberi..yum2..
and kaler tu pulak bukan sekadar kaler je tau, tapi berlainan rasa..
hehe..saja je nak letak macam2 perasa..
wat apam ni dah macam men water kaler plak..hehe, seronok2.
nak letak banyak2 gambar takleh plak..tnet slow la..
owh, kalau ada yang berminat boleh la tempah..
my mum sedia menerima tempahan..(suka ati aku je wat iklan..haha, lantak)

Thursday, July 14, 2011

Mi siput


hari tu ada la ternampak iklan pasal mi siut siput kat facebook.
Pastu tiba - tiba teringin pulak nak makan..haha
Esoknya mak terus beli..goreng 2 kali je terus habis..haha..sedap2.
Lagi2 bila makan dengan sambal..pergh...terangkat

Teringat zaman sekolah dulu..boleh pulak sampai sekarang aku makan mi siput dengan gaya begitu..
Letak dalam plastik, tambah sambal..gaul2, hancurkan dia..lagi sedap beb..lebih terasa nikmat..haha.

Saturday, July 2, 2011

New job...

Akak dah pun berpindah ke sini..
sebab dia dapat job kat kota iskandar tu..



ni la bangunan keje akak yang baru..
namanyer bangunan Dato' Abdul Rahman Andak..kalau tak silap la..
haha..tiba2 ada mak jadi model plak kan..
lantak...

Thursday, June 30, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Rindu...

akhirnya dapat balik laptop aku..
warghhh..rindunyer nak online..
selama takde laptop ni aku rasa cam banyak benda aku nak citer kat sini..
tapi bila dah dapat...aduss, cam malas je nak tulis..hahahah..
tak payah la..lagipun benda dah lepas kan..

oh, selama beberapa minggu ni kakak pinjam laptop.
Tu yang tak dapat mengonlinekan diri...

haha..masa tak dapat, rindu nak on9.
Yela, dah ari2 benda ni yang aku hadap..bila takde rasa pelik pulak..
tapi bila dah biasa tak on9, tak dapat on9 pun dah tak kesah..
sampai tak tau nak watpe dah...

Friday, June 10, 2011

Kelas batal, jom kita meronggeng..haha

Arini kuar ikut mak pi beli barang..takde la beli ape pun. Cuma beli oven je. Cian mak oven dah rosak..ada la dalam beberapa hari la jugak. Rugi xdapat wat kuih bakar tau. So, bila nak kuar rumah baru aku perasan kasut aku dah rosak..ish3, takkan la pakai wat blaja kete sampai rosak kot. Haha..takde la, kasut tu dah lama jugak la. Aku beli time kat Langkawi dulu. Patu pegi mana je lenjan pakai kasut tu..mana nak tahan kan. So, pakai jela sandal, sekali sandal pun rosak..aduss, tajam sangat ke kaki aku ni. So, nak taknak pakai jela kasut yang ade..hehe, akak, pinjam kasut tau..:p

Mak berjaya beli oven jenama zanussi. Jauh mencari ni. Sampai ke...mana tah. Bukan aku tau jalan pun..haha.
Mak target harga oven around seribu jela...sekali dah tawar pun dapat la RM1220 je. Ni pun mak tawar dari harga RM1550 tau..hebat tak hebat mak aku tawar..

Lepas beli oven, turn aku pulak untuk beli kasut..penting tu untuk aku belaja kete nanti. Tak tau nak cari katne last2 pi Larkin je sebab itu la yang paling dekat ngan kedai letrik tadi. Lagipun orang yang nak antar oven tu asyik kol je taktau jalan nak ke umah kitorang..ish, kacau je orang nak shopping la.
Sempat pi 1 kedai je. Tu pun xde choice. Cuma ada 1 je kasut yang jenis kasual. Nak taknak terpaksa la beli.
Pastu lalu pulak kat Medan Selera kat Larkin tu..teringin pulak nak mam kacang pool. Sedapnyer. Tak makan pun, tapau bawak balik je..yela, puasa kot...hehe..

kacang pool

roti bakar kacang pool

Thursday, June 9, 2011

Ade ke takde ni??

Baru 2 hari berturut2 blaja kete, aku dah penat dah..
camne la nak habiskan 10 jam dalam 5 hari berturut2 ni??
Adusss...
Lawak je kan..orang lain hari2 bawak kete relaks je..aku baru 2 hari.
Tu pun sehari 2 jam je..mungkin sebab tak biasa kot. Yela, saya budak baru belajar.

So, balik je dari kelas, aku terus tanya mak boleh tak cancel klas besok n sambung minggu depan jelah.
Mak suruh aku mesej akak IMBR tu. So aku pun mesej la..tapi dia tak reply pun.
Tiba2 time aku tidur petang (buruk punya perangai kan) dalam kol 4 cmtu la, dia kol cakap kelas esok cam biasa, xleh cancel la bla bla bla...
Aku pulak cuma mengiakan jelah. Yela, dah tengah mamai kot.
Pastu, balik je mak dari men badminton mak cakap besok takde klas, minggu depan baru sambung.
Aku dah konpius dah..
Rupanya mak ada mesej akak tu kononnyer esok takleh pi klas sebab ada hal.
So aku tak tau nak ikut yang mana. Esok ada kelas ke takde ni?
Last2 aku tak pegi pun..haha

Tuesday, June 7, 2011

Eliss is back on track..

haha..tajuk tah pape je kn..
Besok aku akan start balik belajar memandu yang dah terbengkalai sebab aku sambung belajar.
Last aku belajar tahun lepas..lama tu. Time tu pun sebab nak dapatkan L.
Tak tau la aku ingat lagi ke tak..kita tengok jelah apa yang jadi besok..
Takotnyer...

p/s: 5 perkara yang kena wat sebelum bawa kete pun aku dah lupa..haha..

Wednesday, June 1, 2011

Basikal elektrik

Hari tu adik ada mintak dengan mak untuk belikan dia basikal elektrik sebab kat universiti dia jarang ada bas so susah nak gi kelas. Kalau jalan kaki lak cam jauh. So, aku pun ikut la mak pi usha basikal motor kat kedai motor.

Aku ada la cari info sikit kat google...n ni yang aku dapat..




Basikal mesra alam dan berkuasa teknologi pertama di Malaysia. Sesuai untuk pengangkutan disekitar kampung/perumahan, universiti, sekolah dan perindustrian.
- hanya 30 sen untuk 80 kilometer (kos elektrik)
- bateri boleh dicas semula.
- sistem dua dalam satu iaitu kayuhan dan kuasa elektrik tanpa kayuh.
- penyelenggaraan mudah
- tanpa lesen memandu/cukai jalan
- alat ganti ada dijual (dikedai menjual basikal elektrik)
- mesra alam
- tanpa petrol dan enjin
- tahan lasak
- tiada asap
- jimat dan praktikal
- jaminan daripada pengeluar

3 jenis basikal elektrik
- berkuasa 48volt (body bentuk skuter) RM2200
- berkuasa 48volt (body bentuk basikal) RM2100
- berkuasa 38volt (body bentuk basikal) RM1900


Rupa-rupanya ada jenis2 dia..
Yang ni pulak yang mak nak belikan untuk adik. Dari harga RM2000 tawar punya tawar dapat la RM1500. Then mesej adik la tanya dia nak kaler pe, skali dia taknak pulak. Mak aku dah excited dah nak beli tau. Yela, mungkin mahal kot..macam baik beli motor je kan..

Ada kaler pink and biru. Siap ada gambar2 katun lagi tau

p/s: teringin nak tengok adik bawak..haha. Aku pun teringin nak bawak la...

Thursday, May 26, 2011

kerja di cuti sem..

Hampir 2 minggu kat umah..bosan goyang kaki. dah la dompet pun makin menipis....so, aku pun cakap dengan mak nak keje. Tapi cuma ada 1 je masalah, transport. So, nak tak nak kena la keje yang dekat2 je..mak pun apa lagi, cari kan lah aku keje..

So, sekarang aku dah start keje. Tak la susah mana pun keje. Dekat pulak tu. Keje dengan kawan mak. Gaji pun boleh tahan. Dah la sebelum balik diberi makan dulu. Memang makin gemuk la aku keje sini..huhuhu..

p/s: hari ni keje senang je, xpenat pun. Tapi esok lusa tak tau la kan..
-elisya_308-

Thursday, May 19, 2011

kurang sedikit pun ketara sangat ke perbezaannya?

Hari tu entah bila tah, aku ada la timbang berat badan. And sangat mengejutkan la bila aku turun beberapa kg. Yela, berat badan aku ni dah la susah nak turun. Naik senang la kot.

So, balik je rumah, semua duk tegur. Mak, kakak duk bising2 cakap aku dah tak comel la, cakap kepala aku cam tergantung sebab leher dah kecik la, tangan dah tinggal tulang la..ish, macam2. Ketara sangat ke? Orang luar pun ada menegur. Kawan mak la..cakap aku dah makin kurus. Gemuk sangat ke aku dulu?

Memang la..aku pun perasan jugak. Baju2 lama, seluar2 lama yang dah lama aku tak pakai sebab tak muat, aku dah boleh pakai balik. Seluar yang sekarang pulak gedebeh..mak tegur, cakap aku pakai suar besar..ish, macam2. Aku siap try suar adik lagi (jangan gtau dia tau). Haha, bangga owh muat suar adik walaupun ketat..but still, muat kot..hahahah...

Tapi sampai bila je pun akan bertahan. Yela, duk rumah ofcoz kuat makan kan..dah la berat badan cam yoyo..duk 4 bulan kompem naik balik..ish, harap2 tak la begitu. Harap2 kekal dengan berat begini..atleast still normal..:)

p/s: ade ke mak menyalahkan si dia kononyer penyebab aku turun berat badan..kononnyer sruh aku diet la, ape la..ish3, ade ke patut. Ni hasil tekanan ok..sebab bz ngan test, assignment and exam, sampaikan tidur pun terabur, makan pun tak menentu..

-elisya_308-

Wednesday, May 11, 2011

Selamat tinggal Puncak..

Akhirnya selesai jugak final exam untuk sem ni. Fuh, dah tak payah nak perah otak. Ingatkan dapat la rehat jap kan, skali kena pikir pasal rumah pulak..aduss. Yela, kitorang kan nak pindah umah sebab umah yang ni mahal nak mampus. Ada yang tak mampus. So mencari la kita umah baru. Dah dapat dah. Depan umah je.. Comel tak? pindah depan umah je..hahaha

So, lepas abis je paper last tu, kitorang pun duk amek2 gambar la..dah macam nak pisah lama pulak kan. Macam dah abis degree pulak kan..poyo betul..hahaha

So, sampai umah ingatkan dapat la lepak2 rehat2...tapi kena kemas umah pulak. Malas betul. Yela, aku pun belum decide lagi nak balik bila kan..so wat tak tau jelah. Kawan2 yang lain duk sibuk mengemas. Aku ada la tolong jugak sikit2. Ingat nak stay lama la sikit kat umah ni. Tapi bila di fikir2, kalau aku balik lambat siapa yang nak tolong hantar aku kat stesen bas? Aduss..so, tanya la dorang. Nasib baik ada yang sudi menghantar. Tapi kena la saing kan. Dah dia balik awal, so kena la ikut kan.. So, nak tak nak terpaksa la mengemas.

Lepas kemas, dengan busuk2nya, kawan ajak pi Uptown pulak. Semata2 nak membeli 'Foot Patch'. Sengal tak sengal? Ah, lantak. Yang penting its was the last time we went out together. For this sem la kan..bukan tak jumpa lagi pun kan..hahaha..biasa la semangat rumah yang kuat kononnyer.

Bangun2 je besoknya, 2 penghuni rumah no 70 dah pun menghilangkan diri pulang ke rumah masing2. (ayat poyo nak mampus). Ish, sedih betul tak dapat jumpa. Then, lepas abis kemas, antar barang ke umah baru. Tiba masa kitorang pulak untuk meninggalkan puncak alam..ish3, sedih betul. Tapi, sebelum balik..


jom kita pekena cendol dulu.. huhuhu..lepas ni mesti akan rindu..

pakcik cendol n cendol pulutnya...TERBAIK...

tengok..sampai licin kitorang makan.. lepas ni, 4 bulan la tak dapat merasa cendol pulut pakcik ni..huhuhu..

selamat tinggal..;(

Monday, May 9, 2011

masa jawab exam datin...

aku boleh pulak terfikir...

kebarangkalian untuk aku jumpa datin lagi sem depan macam tinggi je...-_-"

mood: baru abis jawab exam datin...tinggal 1 paper je lagi....go go chayok!!!
-elisya_308-

Thursday, April 28, 2011

Exam..

final exam sudah bermula...

28/4 - CTU 553
30/4 - HTH565
  3/5 - QMT554
  5/5 - HTF 533
  6/5 - HTF 554
  8/5 - HTH 575
10/5 - HTH 551

p/s: 1 down, 6 to go...-_-"
-elisya_308-

Saturday, April 16, 2011

Last day...

akhirnya abis dah stadi week. Kejap je masa berlalu kan. Tak lama lagi nak final exam lak. Dah la carry marks sume teruk2...ish, memang kena struggle untuk final ni..takot2.

Sebelum final, ada la cuti stadi week. Semua orang balik. Nak balik jugak ke? Kalau balik confirm2 tak stadi. Pitis pun tak berapa nak ada ni. Takpe la..stay jelah Puncak Alam ni. Aku kan sayang Puncak Alam..hahaha..

Tadi, last class for this sem. Kelas jepun and Presentation Room Division. Kelas Jepun ada test listening and submit project. Presentation Room Division lak macam hampeh. Ramai betul yang kena redo..aku punya presentation pun teruk gak...dengan gagapnya, pronounciation yang tak betul, grammar lintang pukang n macam2 lagi la. Tapi nasib baik dia terima walaupun mark yang diberi cukup2 makan je. Datin ada gak bagi pilihan samada nak terima je markah tu or redo..tapi aku redha jelah. Malas lak nak redo2 ni...ish2,boleh pulak camtu kan. Kalau markah tinggi takpe la jugak kan..

Malam, antar anis pi Klang Sentral lak. Sambil2 tu pi la mam sekali. Then, balik2 lepak umah no29 lak. Lepak borak2, men badminton then sambung borak2 lagi. Dah lama jugak aku tak men badminton. Bukan takat badminton, senam pun idak. So, memang takde stamina la...hahaha...tak sihat betul..then borak2, kuar pulak citer pasal minah tu. Tak sangka minah tu macam tu. Em, lantak dia la...camne dia nak idup ngan kitorang lepas ni..
-elisya_308-

Thursday, April 14, 2011

Kami...


Masak kat umah...
pastu bawak bekal makan dalam kelas...
ni pun kitorang penah wat..hebat..

p/s: rindu korang..
-elisya_308-

Wednesday, April 13, 2011

eskim goyang...


benda yang pasti kitorang beli kat pasar malam...:)

pakcik jual eskim goyang...
nampak kitorang amek gambar, dia pun sibuk....

tak tau nak kata apa..

Bru selesai shooting untuk Japan project.
Sangat penat...
Ingat senang ke nk berlakon?? hurm...

p/s: markah test marketing sangat teruk. Kena struggle untuk final ni...takutnyer...
elisya_308='(
-kecewa dengan diri sendiri-

Tuesday, April 12, 2011

Stadi QMT di....



sampai pening kepala ke intan..


amboi, tekunnya dia..



haha..kat mcD pun leh stadi kan..



siapa kata tak boleh stadi kat mcD?
boleh jugak pe..hahaha..
tapi yang gilanya sampai time breakfast kot..
yup, we crazy like that..
not sewel, but gila2..hehehe..

Balik, tido sejam dua, n terus pegi test...-_-"
Tidur lambat sebab wat assignment QMT..
Sekian...

Thursday, April 7, 2011

kejutan di pagi hari...

Sesuatu yang mengejutkan berlaku pada pukul 4 pagi ketika kami sedang sibuk study untuk test.
Kemudian, pada pukul 6 lebih, ianya berulang lagi...kami terus bergegas ke hospital sg buloh.
Terpaksa ponteng kelas pagi, and test pun hampir tak amik. Yela, takkan nak tinggalkan camtu je kan..tapi terpaksa jugak. Dengan tak tidurnya, tak cukup stadinyer n hati yang sakit dengan lecturer yang konon memahami tapi sebenarnya tidak, kami amik jugak test. Masuk lambat, keluar awal, bagusnya. Aku pun tak tau ape yang aku jawab.

Nasib baik segalanya selamat sekarang. Mungkin sekarang kami akan lebih berhati-hati. Harap ianya tidak akan berulang.

p/s: kami masih lagi trauma.
-elisya_308-

Wednesday, April 6, 2011

Last call...

last night...
the last call....
i will never get his call ever again...
very sad...but maybe that the best...
what ever happen, i still your friend k..:)
i hope u will success in your live...
cari awek la bro...
get well soon k..
elisya_308:)
-sentiasa mendoakan yg terbaik utk awk-

Saturday, April 2, 2011

short update..

Hari ni mood saya tidak baik...
macam2 hal jadi..lain kali update...
sekian...
-elisya_308-

Friday, April 1, 2011

Say what??

Busy betol hari ni...n sangat penat. Dah la kelas dari 8.30 pagi..(kelas jepun), pastu sambung kelas marketing pulak. Lepas tu bergerak ke shah alam pulak..(kelas ganti datin kat shah alam). Budak kelas aku la sebuk nak wat kelas kat shah alam..yela, dah lama meninggalkan shah alam kan..tu yang rindu tu..hahaha..

Sampai shah alam, lapar pulak. so, lepak makan kat Pendeta Bistro, kat dalam Uitm je. Tapi punya la lembab service dia. Dah la mknn xde rasa. Hurm xpe, la..sebab dah lapar n tkot terlambat pi kelas datin, kitorang bantai jela. Sedap tak sedap tu belakang kira.
Makan dengan laju,,tak sempat kunyah pun rasanya..haha, pastu perut senak..padan muka. Sebab dah lambat so kitorang parking kat Seroja je. Sampai2 kat fakulti, rupanya kitorang yang 1st sampai. Datin siap belanja pisang goreng lagi.

Lepas abis kelas, ingatkan nak pi jalan2 jap..yela, dah lama xjalan2 tau. Boleh release tension sekali. Sampai kat kereta, sekali kereta kena saman pulak. Hampeh betol pakgad ni la. Takde tulis pun yang itu parking staff. Ciss la..bertambah tension...so, jom kita lepas geram...

-------------------------------------------------------------------------

so, jalan2 kat Sunway. Pegi Brand Outlet. skali ternampak vokalis band ni...handsomenyer...tergamam seketika...err..
(yang tengah skali tu hensem kan??..haha)

tengok kejap je k..pastu aku sambung shopping..tengah2 aku pilih baju, tiba2 ade orang sound aku..
"jangan nak kecik sangat la pompuan". Baju yang aku pegang ni kecik sangat ke? yela, tau la gemook..

aku toleh2 cari siapa la yang berkata2 tu. Skali nampak Adi tu baru lepas lalu belakang aku tadi. Dia ke yang sound aku? Tengok2 memang takde orang len dah. Cuma dia ngan kawan dia je...ke kawan dia? Tapi aku tak marah pun..sebab dia hensem..haha..sengal.

pastu tapau hot & roll...sedap gak..
(chicken and cheese crispy..yum2)

Abis shopping, shopping complex pun dah nak tutup...so, moh balik la kite...hehehe. Tapi kena amek farahin dulu kat UiTM...

p/s: cuti hujung minggu yang xde rehat pun...kena siapkan assignment nutrition and BEL..hadoiiii...

-elisya_308-

Sunday, March 20, 2011

Suka duka hujung minggu...

macam-macam hal la jadik sepanjang cuti hujung minggu ni la...
ada suka, ada duka...
nasib baik semuanya berakhir dengan selamat...
sangat penat...
kalau tak berlaku pape, hidup akan bosan pulak kan...hurm..
-elisya_308

Kisah tragis : Bas

Dah syok2 bercuti, tiba la masa kena balik puncak balik...huhuhuh. Dah la tiket xbeli lagi. Macam biasa, kita terjah je la..hahaha. Farahin ajak aku turun kat Shah Alam, teman dia jumpa abang dia n then, mana tau abang dia nak antar sampai puncak ke kan. So, aku pun agak2 la, kalau nek bas kol 12, boleh kot sampai sana kol 4.30. So, aku pun bertolak gi bas stand dalam kol 11. Cari2 tiket, cuma ada 2 kaunter je yang jual tiket ke Shah Alam n Klang.  Skali tengok waktu bertolak, kol 2 la. So, aku try kontek Farahin, sebab kalau aku bertolak kol 2, sampai dalam kol 6.30 la kan. Tapi tak dapat, so aku men beli jela tiket pi Klang (sebab takut Farahin takleh tunggu kan).

Hurm..baru kol 11.30. Nak watpe ni ek? Bas lak kol 2.30. So, duduk jela lepak2. Nasib baik mak ada temankan. Skali kedai sebelah pasang citer "kembar siang" lak. Best gak ni...boleh jugak mengurangkan bosan. So, masa yang ada tu dibazirkan dengan tengok kembar siang sambil makan cikedis. Sampai berkali2 diulang tayang citer tu. Ish, naik bosan pulak aku. Mak dah mula ngantuk..cian pulak, aku suruh je mak balik. Cian pulak nak kena teman aku kan.

Then kol 2, aku pun naik bas. Dapat seat belakang sekali...ciss la. Dah la seat double-double. Ingat tak ramai sangat penumpang. Boleh la aku duk sorang2 ke, tukar seat lain ke kan..sekali rupanya penuh kot bas tu. Dah la kena duk sebelah laki...ish tak suka. Kalau hensem takpe la jugak kan...hehehe...gatai.

(macam2 jenis bas ada. Kena la pilih bas yang betul2 bagus)

Kol 2.30 bas pun bergerak. Aku tak tau la drebar tu bawak laju or bas tu dah tua ke kan...sebab cam terhuyung-hayang je kitorang dalam tu..(ke aku sorang je sebab seat belakang sekali). Then bas berhenti kat R&R Pedas- Linggi. Aku pun turun la jap nak pi toilet..(sebab ada masalah wanita, kalau tak memang takdenya aku nak turun). Toilet pulak giler ramai orang kot. Terpaksa beratur.

Bila aku keluar toilet je, aku tengok bas aku dah takde. Penat aku cari, sampai ke stesen minyak, pun takde. Time ni dah mula takot, cuak, risau semua ada la. Yela, kena tinggal ngan bas..sape tak risau kan. Dah la barang aku semua dalam bas tu. Kira sehelai sepinggang gak la. Nasib baik still ada henfon. Then aku nampak bas KKKL yang menghala ke KL. aku pun terus naik n tanya pakcik bas tu..

aku: bas ni pegi mana?
drebar: pi KL la. Adik nak gi mana?
aku: nak pi Shah Alam. (then aku pun citer la ape yang berlaku)

Pakcik tu sungguh baik ati. Dia pun pi kol drebar2 bas yang lain yang nak pi ke Shah Alam. Dia jugak kol kaunter tiket kat BP tu. Then, bas transnational masuk ke R&R tu. Pakcik tu cakap, aku leh tumpang bas tu sampai Shah Alam.Then, dia bagi aku no fon kaunter bas yg tinggalkan aku tu (bas SE Super if not mistaken la ). Fuhh, lega aku. Rupanya masih ada orang yang baik hati yang sudi bantu kan. Then aku pun kol la kaunter bas tu n citer semua. Dia kata nanti dia kontek drebar tu. Then, drebar tu plak kol aku n mintak maaf semua (nasib baik dia mintak maaf). Dia tanya ada barang berharga tak? Aku cakap ada laptop n dompet la. Then pakcik tu cek and nasib baik barang tu semua selamat (aku paling tak suka orang bukak beg aku..tapi dah terpaksa kan...nak wat camne)
(bas yang menjadi mangsa..maaf ye. Terima kasih sebab bagi tumpang:))

Bila sampai klang (oh, aku turun kat klang bukan Shah Alam) aku terus pi kat kaunter tiket tu. Nasib baik barang aku semua ada. Mak suruh cek n kalau ada barang ilang terus lapor kat pejabat polis yang terdekat. Skali rupanya satu beg aku takde...beg kertas je pun. N dalam tu cuma ada makanan je pun...lauk 2 yang mak tapaukan je. Aku tanya la pakcik tu, dia kata memang takde beg tu. Dia dah cek bas n kemas2 lagi. Hurm..takpe la. Mungkin bukan rezeki aku. Dah la aku tak tau pun lauk ape yang mak tapaukan tu. Redha jela. 

Yang aku geram tu, penumpang sebelah aku tu dok senyap je tak gitau pun drebar aku tak naik lagi..ciss la. Dah la time dalam bas duk amek kesempatan je. Yela, seat kecik kan, tu yang asyik berlanggar2 tu..dah la aku duk tepi tingkap kan..terpaksa la dekat ngan tingkap je.

Kat klang, nasib baik anis sudi amik aku. Intan pun alami kepayahan jugak bila motor dia rosak tengah jalan. So, anis kena jemput jugak.

p/s: Maaf sebab buat semua orang risau. Nasib baik takde benda buruk yang jadi...
      Bila tension2 ni, perut terus lapar. Jom kita makan dulu..yum2
-elisya_309-
-bersyukur nothing bad happen-

Saturday, March 19, 2011

Penat tapi seronok...=)

Hari ni konon bangun pagi2 sebab nak pi umah zue...yela, dia dah ajak kan. Mana la tau leh tolong sikit2 ke kan. Siap janji ngan aja lagi nak pi umah zue..skali dah siap2, mak bising...
"watpe nak pi umah orang awal2 ni...baik tolong mak wat kuih ni.."
Oh, masa ni mak tengah buat cream puff...so, aja pi la dulu n aku pun tolong la mak dulu. Yela, tak baik lawan cakap mak kan...

Dah abis tolong mak, aku mesej aja..skali dia kata dia kat umah la...sebab pi umah zue pun takde benda nak wat sebab semua benda sedara mara dia dah wat..zue pun busy, salwan pula keluar entah kemana...So, kitorang datang je la around tengahari tu...tengok zue dah siap2..fuyoo, cantik. Jumpa salwan yang bawak pakwe dier skali...lama gila kot tak jumpa salwan..last time first year diploma dulu...taun bila ek? akhir taun 2007 if not mistaken la...fuhh, lama2. So, kitorang borak2, amek2 gambar...salwan langsung tak berubah..sama je perangai dier...

(kenapa aku rasa aku yang paling gemok ni? ciss la...)

Oh, sebenarnya kitorang jumpa kat majlis tunang zue. Dah jadi tunang orang dah kawan aku ni..
teringat zaman2 sekolah dulu..slalu cakap agak2 siapa yang kawin dulu ek? time tu memang dah agak mesti zue or salwan yang kawin dulu coz diorang ni cepat matang sikit..hahaha. Tapi, zue baru je tunang kan..belum nikah lagi..mana la tau tiba2 aku pulak yang kawin dulu ke...opsss, gatainyer...hahaha

Then, aja kena antar salwan gi bus stand pulak sebab salwan kena balik awal...banyak keja katanya (actually bapak aja yang antar..hahaha) aku pun duk menyibuk nak ikut..ikut antar jela..bukan aku balik sekali. Awal lagi kot..cuti aku pun panjang lagi..hahaha. Kesian salwan tak sempat nak tengok bestie dia tunang. oh, aku ngan aja pun tak sempat tengok sebab by the time kitorang sampai (lepas antar salwan) semuanya dah selesai..hurm, takpe la..atleast dapat jumpa pun jadi la..

Oh, mula2 aku ingat nak join salwan pi larkin sentral sebab nak pi batu pahat kononnyer..yela, mak aku awal2 lagi dah balik kampung dulu. Sebab dia ingatkan aku taknak ikut. Bukan aku taknak ikut tapi aku ingatkan mak nak kejar masa ke ape ke kan sebab semalam aku tanya mak, mak nak balik kampung kol berapa kan..mak cakap pagi. So, memang tak sempat la nak ikut kan..tadi aku tanya mak lagi sebab time tu dah nak tengah hari pun mak tak bertolak lagi kan. Aku tanya mak leh tak balik lambat sikit. Mak kata takleh sebab takot lambat2 nanti ngantuk....so, fine la kan. So, aku gitau la aja, skali dia kata lepas ni dia nak balik Batu Pahat. So, memang bagus sangat la tu...aku tumpang jela sampai Batu Pahat. So, lepas antar salwan, balik umah kemas2 barang. Jumpa aja n family dia. Sebelum bertolak balik, singgah kenduri kawin kat kawasan umah aku tu dulu. Then, baru la bertolak ke BP...yeay..btw, aku tak gitau mak pun aku nak balik..hehe, jahat betul.

Around 3.30 camtu, kitorang pun bertolak n sampai umah atok hampir kol 7 gak la. Gila lama..perjalanan yang slalunya 1 jam setengah je jadi 3 jam setengah..ish3, tapi dah nama pun tumpang kan..bersyukur jela orang nak tumpangkan. Oh, lambat sampai sebab bapak dia guna jalan lama, tak guna highway. Tiba2 lalu pontian n pekan nenas pulak kan...pastu singgah kilang kelapa la. Atok dia beli hampas kelapa untuk bagi makan kat kambing...biar kambing cepat gemuk. Pastu singgah umah sedara dia pula, hantar keje sekolah tertinggal...duk makan2 dulu. Pastu baru la smapai umah atok saya..=). Fuhhh, gilerr jauh perjalanan.

Sampai kampung semua orang terkejut. Yela, ingatkan siapa la yang datang kan..mak dah bising2. Yela, ingatkan taknak balik. Mak siap ngantuk2 dalam kereta. Yela, kalau aku ada leh la teman kan. Atok lak suruh aku hidangkan la pape kat famili aja tu kan. Sekali bila aku nak hidangkan, tengok2 diorang dah blah...ciss la. Aja kata dia kejar masa. Yela, dah nak maghrib pun kan...takpe la, len kali leh singgah.

Oh, atok aku ada wat kenduri doa selamat sebenarnya malam tu. Atok aku memang tiap2 taun wat..tapi dah lama aku tak join sekali. Yela, aku stadi pun jauh2 kan. Btw, dulu selalunya guest dijamu dengan nasi ambang kat dalam dulang. Tapi sekarang ni dah wat style buffet line plak. Aku pun tak tau sejak bila la ditukar ni kan. Makanan yang dihidang pun dah lain. Bukan nasi ambang lagi. Tapi nasi kosong and lauk2 la...ada ayam masak kicap, nangka masak lemak, sambal goreng, rendang daging, pulut kuning, cream puff, agar2, buah oren, lagi ape yek?? lupa lak...oh,gambar takde la..lupa pulak nak amek.

Oh, aku online dalam bilik ni...sibuk pulak budak2 ni. Pantang nampak benda2 teknologi ni la...dah di halau baru la nak blah..

p/s: esok dah nak balik, tapi tak beli tiket lagi..suka sangat main terjah jela...harap2 ada tiket la..
-elisya_308=)-

Friday, March 18, 2011

Jalan2 cari CC..

Hari ni mak ajak keluar nk print pelan umah mak..
yela, kat umah dah takde print...
kan aku dah angkut pi puncak..
nak pi print tapi pendrive takde plak...camne yek??
ah, bawak jela laptop skali..

Nak mencari cc punya la susah..
yela, kat Gelang Patah mana la ada kan...
so, terpaksa la pi Taman U.
sampai kat cc, terpikir, camne nak print kalau pelan tu kat dalam laptop?
tanya pakcik cc tu ade pendrive tak sebab dokument yang nak print tu dalam laptop..
dia boleh jawab taktau...kompem tak paham bahasa melayu...
then, aku mesej la kakakku suruh dia sent pelan tu kat email aku..tapi dia tak reply plak..
so, pi la cari dia kat tempat keje dia..
tapi tak jumpa..hurm...

Taktau nak watpe n alang2 dah dekat ngan Jusco, jom kt round2 shopping dulu...sambil isi perut..
destinasi kita, SEDAP CORNER sebab aku nak mam nasi...takmo la fast food ni..
xtau la sedap ke tak kan...try jela...
aku order nasi goreng kampung n mak pulak order kuey tiew penang..
kuew tiew dia ok la..sedap tapi nasi goreng dia takde rasa...lupa nak letak garam kot...
lepas mencekik, kita jalan2 pulak..mak belikan kakakku hadiah untuk besday dia..
pastu ingatkan nak balik, tiba2 kakak mesej..kata tadi dia busy n dia dah pun sent pelan tu kat email aku..
so, sebelum balik, pegi la cc dulu print pelan tu..

p/s: tidur dengan sebotol air panas dituam diperut...women problem..
-elisya_308-

Thursday, March 17, 2011

Jom kita balik kampung..:)

Kelas petang hari ni batal..n besok pun takde kelas...
so, ape lagi...jom la balik kampung...
haha...macam dekat je kampung tu kan..
sebenarnyer ada sebab aku balik kampung, kalau takde sebab memang malas aku nak balik.

so, lepas kelas, balik umah jap tukar baju...pastu terus pi klang sentral...
terima kasih la pada anis yang sudi menghantar..
kalau tak, tak tau la nak gi camne...dah la tiket pun takde..
haha..suka sangat main terjah je kan...

sampai klang sentral, terus beli tiket..
nasib baik ada tiket time tu jugak, bas kol 3pm.
tanpa sempat makan, aku pun bergerak balik ke johor bahru..
Macam biasa, bila sampai johor, mesti bas berhenti kat yong peng...
aku paling tak suka betul...
sebab barang2 kat sana semua mahal n kebanyakkan cina je yang jual..
tapi, sebab dah lapar sangat, beli jela kudap2an buat pengalas perut...

sampai kat johor bahru around 8.30 pm..aku turun kat sri puteri..
nasib baik kakakku sudi jemput...yela, mak time2 camni sibuk..
sampai umah, tiba2 ternampak durian pulak..yum2...
ape lagi, jom kita melantak...hahaha..
hampir 2 biji jugak la aku makan..dah itu je yang ade..
perut kosong pi makan durian..ah, lantak...
dah lama kot tak makan durian...
lepas tu, baru la kita mam nasi...:)

p/s: esok nak watpe ye?? hurm...
-elisya_308-

Ada aku kesah???

ade orang cakap..
blog aku bosan, takde hala tuju...
cerita pun merepek2 je...
ade aku kesah?
ni blog aku..suka hati aku la nak tulis ape..
klo tak ske baca, sila berambus...
aku tak paksa pun sapa2 bazirkan masa dorang kat sini..
baca blog merepek aku...
aku pun lagi ske klo orang tak baca blog aku...

so, pada sapa2 yang banyak sangat komen tu..
tak ske ke, ape ke..
tak yah la bazir masa korang lagi k..
aku tak pernah paksa orang baca blog aku..
so, dipersilakan berambusss...:)

p/s: bak kata ONE, apa ku kesah..:D
-elisya_308-

Wednesday, March 16, 2011

Lipas punya cara..

Tadi aku masuk toilet..then aku ternampak ni...

Leka giler kot lipas ni...dari aku masuk sampai aku keluar, still kat situ lagi. Dah terlebih dos kot..pastu, aku masuk balik nak amek gambar pun dia still kat situ lagi. haha..kesian kat tuan empunya ubat gigi. Yang penting bukan aku punya la...

Friday, March 11, 2011

Jumaat yang mendamaikan...

Aman damai je hari ni..
Dengan hujan yang rintik2, sejuk yang sampai ke tulang...dengan kabus lagi...
Dah rse cam duk kat overseas plak...
Yela, nama pun puncak kan..hahaha...
Ni baru puncak, belom betul2 overseas lagi...

Oh, mse otw blk, kitorang terpakse merempuh hujan.
Nasib baik renyai2 je...n terpakse gak merempuh tanah merah...
abis kasut..huhuhu...
sebelum masuk kete, kena basuh kasut dlu..


haha..sempat lagi amek gambar kaki...motifff??
yup, kami basuh kasut di longkang saje...
longkang ni bersih k..

p/s: baru dapat result test jepun...
-elisya_308-

Thursday, March 10, 2011

Kotex Fresh Face

Oh, semalam aku takde keje...bosan2..
last2 aku masuk competition ni...Kotex Fresh Face Search



Kotex® Fresh is on the hunt for the Fresh-Faced girl who shines with vibrancy, energy & liveliness. Think you’ve got what it takes? Then what are you waiting for? Attractive prizes are waiting for you! Stand a chance to be featured in a leading magazine & Kotex® Fresh Compaign and win up to RM12,500 cash plus a year’s worth of products! For more information on Kotex® Fresh products, go to http://www.kotex.com.my



oh, kalau nak vote, sila klik sini ye...klo nak join pun boleh..
please search for nurul aisyah k...hehehe



Nurul Aisyah needs your support! She has just joined the Kotex® Fresh Face Search and now stands a chance to be featured in a leading magazine and win up to RM12,500 cash prize plus 1 year’s worth of products. Vote for her now and YOU too stand a chance to win a weekly prize of 2 GSC Movie Vouchers!


p/s: ada orang suruh aku promote, baru la ada yang vote...tp...ada ke yang nak vote?? hurm...

-elisya_308-

Wednesday, March 9, 2011

Kelas datin..

Macam-macam hal yang jadi kat kelas datin minggu ni..
Datin datang lebih lambat daripada biasa..xtau nape.
Pastu kelas pun bermula...
Then, dier sruh wat exercise..tapi kitorang xpaam pun arahan dier..aku pulak just assume je berdasarkan buku la.So, wat jela kan..daripada kene marah. Nak tanya pun takot tau..dah la dengan kecut perutnyer (maksudnyer takot la) pastu tyme tu hujan lak plus petir n guruh sume de..makin bertambah kecut perut..
Pastu syubek kne marah n kene duk depan..sebab dier xtau nak wat camne. Cian..makin bertambah seram la kitorang..bila dier lalu je, wat2 tengah wat keje.

Then, dier tengok jawapan masing2..time tu farahin kantoi amek kertas org..dier siap cakap..
"awak ni sume ketas orang awak amek. Xpaam ke?" (lebih kurang cmtu la, ke lagi garang?)
farahin lak cover "xla, saya cuma tengok kenapa jawapan len je.."
"xyah tengok orang len punya, nanti awak xpaam, xreti wat sindri"
Lebih kurang camtu la...aku pun lupa...hahaha..

Then pelajaran pun diteruskan, yang lawak bila time part lisa kena baca. Leh plak dier terlatah time tu..memang lawak...hahaha..btw, aku rasa lisa je yang berani menjawab cakap datin la..

Datin pun dah tak berapa garang sangat..Dah boleh gelak2 ble ktorg wat lawak.
Tapi walaucamne pun, kitorang still seram bila masuk kelas dier...

p/s: Lepas kelas datin, macam biasa....jom pi pasar..semua muka nak hepi je..hahaha
-elisya_308-

Monday, March 7, 2011

Exhibition of nutrition 2011

Miggu ni or miggu depan kot (aku pun tak sure) akan berlangsungnyer exhibition of nutrition.
Tapi bukan kat UiTM Puncak Alam la...tapi kat UiTM Shah Alam.
Walaupun tak berlangsung kat sini, tapi kami pun terlibat jugak.
Kami ditugaskan untuk uruskan bahan-bahan pameran n dak2 kat shah alam yang kene jaga.

Kenapa kami?
Ape kene mengena dengan Hotel Management lak kan...
Hehe..sebab kitorang amek minor in Foodservice.
Kiranya nutrition tu salah satu cabangnyer la..

So, batch kitorang cuma 19 orang je yang amek minor foodservice (group B-png)
Yang len tu amek Tourism (group A-matriks n group C -dungun)
So, untuk memudahkan keje, kitorang divided 3.

Group 1: Food Swap n Food guide pyramid
Group 2: 14 dietary guidelines n rules of nutrition
Group 3: Fun facts n games.

Yup, kami group 3. Asalnyer nk wat dietary guidelines n fun facts, tapi sebab kitorang ni kreatif sgt, so wat la games sebab group yang len tu xde idea...

so, ini la keje kitorang time weekend hari tu..
N inila hasilnyer...

Fun fact tu kitorang bukukan. Then yang len tu games. Kitorang siap sediakan hadiah tau...


Yang ni plak grup ain punya. Diorang wat 14guidelines n rules of good nutrition.
Owh, grup nash punya takde lak. Nanti2 klo ade aku post. Dorang punya lawa gak, lagi2 yang food pyramid tu..
Ok..tu je...xtau nak merepek ape lagi..
-elisya_308;)


Friday, March 4, 2011

Rest and Go..

Lepas abis kelas marketing, kitorang terus pi econsave sebab si anis nak refill ink printer dier. Sambil2 tu kita shopping la skali kan...
Ye, kat sini cuma ade econsave je tempat untuk shopping2 pun.

Dah abis shopping, kedai printer still xbukak2..
yela, ari jumaat kot. Dorang tutup kejap untuk solat jumaat.
Bosan2 menunggu n tak tau nak watpe, kitorang lepak la kat kerusi urut Rest n Go.
Tapi kerusi ni gedik sikit. Klo ko duduk je x letak duit, dier akan berbunyi...
So, last2 kitorang guna jela kerusi urut tu...
mula2 aku xnak...yela, xbiasa kot...last2 try jela..lagipun orang nak belanja kan.
Mula2 sedap je kerusi tu urut...pastu bila dier urut tang sensitip part, secara tak sengaja aku terjerit..geli kot..haha..sengal jerk...malu2..

(muka budak excited kene urut..hahaha)

Then pukul 3 lebih kot baru kedai printer tu bukak...
dah la lama giler kene tunggu dier tukar ink tu..kitorang siap slamber duk bersila kat lantai..haha..
p/s: cukup2 la tu...rase cam makin sewel lak...hahaha...
-elisya_308:)

Thursday, March 3, 2011

Owh test n asignment...i luv u so much la...

Hampir sebulan dok bz yg melampau - lampau dengan asignment and test sampaikan xde mse utk bende len..
Tido pun xmenentu...
smpaikan tak cukup tido...
slalu sgt terlambat bgun untuk ke kelas..
kadang - kadang terbabas...terpakse ponteng..huhuhuh..
kadang - kadang, klo dh ngantuk sangat, sampai tertido dalam kelas..
huhuhu...

makan pun xtentu gak...
kadang2 skip je..
last2 bek pose jelah...

weekend plak dihabiskan dengan ganti balik tido tu...
ish..sangat penat...
bila la nak abis bz ni...xlarat dah..

Bz2 pun sempat on9 jugak...haha..
ini cuma sampingan je..wat release tension...
dah lama tau tak kuar dari puncak alam ni....ari2 cuma pi klas, balik umah..itu je...
McD yg dekat tu pun xgi...aduss

p/s: rindu nak hangout dengan kawan2...
-elisya_308-
very tired la...

Wednesday, March 2, 2011

10 petanda dia jodoh kita..


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
(kau bagai susun silang kata..:))

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
*sumber dari iluvislam.com
(walaupun berjauhan, andai ada jodoh, insyaallah pasti akan bersama jua)
p/s: sekadar berkongsi...
-elisya_308-