Showing posts with label famili ku. Show all posts
Showing posts with label famili ku. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Apam polkadot ditempah

semalam mak ada wat apam polkadot ni..
sebab ada yang menempah bila rasa yang mak wat hari tu..
tapi tak berapa jadi macam hari tu la..
apamnyer siap merekah2 pulak..
n jem pun terkeluar..mungkin sebab letak jem senget kot..
n mungkin jugak sebab apamnyer lebih lembut dari hari tu..
agaknyer la...haha

ni la apam yang tak berapa nak menjadi tu..beza kan dari yang haritu

p/s: jadi ke tak ye nak jual apam ni kat bazar ramadhan? tunggu and lihat je la..

Friday, July 15, 2011

Apam polkadot..

Jiran sebelah buat kenduri, so mak pun sponsor la apam polkadot ni..aku cuma membantu je..


comelkan apam ni...colorful gitu...
owh, dalam dia ada jem blueberi..yum2..
and kaler tu pulak bukan sekadar kaler je tau, tapi berlainan rasa..
hehe..saja je nak letak macam2 perasa..
wat apam ni dah macam men water kaler plak..hehe, seronok2.
nak letak banyak2 gambar takleh plak..tnet slow la..
owh, kalau ada yang berminat boleh la tempah..
my mum sedia menerima tempahan..(suka ati aku je wat iklan..haha, lantak)

Saturday, July 2, 2011

New job...

Akak dah pun berpindah ke sini..
sebab dia dapat job kat kota iskandar tu..



ni la bangunan keje akak yang baru..
namanyer bangunan Dato' Abdul Rahman Andak..kalau tak silap la..
haha..tiba2 ada mak jadi model plak kan..
lantak...

Friday, June 10, 2011

Kelas batal, jom kita meronggeng..haha

Arini kuar ikut mak pi beli barang..takde la beli ape pun. Cuma beli oven je. Cian mak oven dah rosak..ada la dalam beberapa hari la jugak. Rugi xdapat wat kuih bakar tau. So, bila nak kuar rumah baru aku perasan kasut aku dah rosak..ish3, takkan la pakai wat blaja kete sampai rosak kot. Haha..takde la, kasut tu dah lama jugak la. Aku beli time kat Langkawi dulu. Patu pegi mana je lenjan pakai kasut tu..mana nak tahan kan. So, pakai jela sandal, sekali sandal pun rosak..aduss, tajam sangat ke kaki aku ni. So, nak taknak pakai jela kasut yang ade..hehe, akak, pinjam kasut tau..:p

Mak berjaya beli oven jenama zanussi. Jauh mencari ni. Sampai ke...mana tah. Bukan aku tau jalan pun..haha.
Mak target harga oven around seribu jela...sekali dah tawar pun dapat la RM1220 je. Ni pun mak tawar dari harga RM1550 tau..hebat tak hebat mak aku tawar..

Lepas beli oven, turn aku pulak untuk beli kasut..penting tu untuk aku belaja kete nanti. Tak tau nak cari katne last2 pi Larkin je sebab itu la yang paling dekat ngan kedai letrik tadi. Lagipun orang yang nak antar oven tu asyik kol je taktau jalan nak ke umah kitorang..ish, kacau je orang nak shopping la.
Sempat pi 1 kedai je. Tu pun xde choice. Cuma ada 1 je kasut yang jenis kasual. Nak taknak terpaksa la beli.
Pastu lalu pulak kat Medan Selera kat Larkin tu..teringin pulak nak mam kacang pool. Sedapnyer. Tak makan pun, tapau bawak balik je..yela, puasa kot...hehe..

kacang pool

roti bakar kacang pool

Wednesday, June 1, 2011

Basikal elektrik

Hari tu adik ada mintak dengan mak untuk belikan dia basikal elektrik sebab kat universiti dia jarang ada bas so susah nak gi kelas. Kalau jalan kaki lak cam jauh. So, aku pun ikut la mak pi usha basikal motor kat kedai motor.

Aku ada la cari info sikit kat google...n ni yang aku dapat..




Basikal mesra alam dan berkuasa teknologi pertama di Malaysia. Sesuai untuk pengangkutan disekitar kampung/perumahan, universiti, sekolah dan perindustrian.
- hanya 30 sen untuk 80 kilometer (kos elektrik)
- bateri boleh dicas semula.
- sistem dua dalam satu iaitu kayuhan dan kuasa elektrik tanpa kayuh.
- penyelenggaraan mudah
- tanpa lesen memandu/cukai jalan
- alat ganti ada dijual (dikedai menjual basikal elektrik)
- mesra alam
- tanpa petrol dan enjin
- tahan lasak
- tiada asap
- jimat dan praktikal
- jaminan daripada pengeluar

3 jenis basikal elektrik
- berkuasa 48volt (body bentuk skuter) RM2200
- berkuasa 48volt (body bentuk basikal) RM2100
- berkuasa 38volt (body bentuk basikal) RM1900


Rupa-rupanya ada jenis2 dia..
Yang ni pulak yang mak nak belikan untuk adik. Dari harga RM2000 tawar punya tawar dapat la RM1500. Then mesej adik la tanya dia nak kaler pe, skali dia taknak pulak. Mak aku dah excited dah nak beli tau. Yela, mungkin mahal kot..macam baik beli motor je kan..

Ada kaler pink and biru. Siap ada gambar2 katun lagi tau

p/s: teringin nak tengok adik bawak..haha. Aku pun teringin nak bawak la...

Saturday, March 19, 2011

Penat tapi seronok...=)

Hari ni konon bangun pagi2 sebab nak pi umah zue...yela, dia dah ajak kan. Mana la tau leh tolong sikit2 ke kan. Siap janji ngan aja lagi nak pi umah zue..skali dah siap2, mak bising...
"watpe nak pi umah orang awal2 ni...baik tolong mak wat kuih ni.."
Oh, masa ni mak tengah buat cream puff...so, aja pi la dulu n aku pun tolong la mak dulu. Yela, tak baik lawan cakap mak kan...

Dah abis tolong mak, aku mesej aja..skali dia kata dia kat umah la...sebab pi umah zue pun takde benda nak wat sebab semua benda sedara mara dia dah wat..zue pun busy, salwan pula keluar entah kemana...So, kitorang datang je la around tengahari tu...tengok zue dah siap2..fuyoo, cantik. Jumpa salwan yang bawak pakwe dier skali...lama gila kot tak jumpa salwan..last time first year diploma dulu...taun bila ek? akhir taun 2007 if not mistaken la...fuhh, lama2. So, kitorang borak2, amek2 gambar...salwan langsung tak berubah..sama je perangai dier...

(kenapa aku rasa aku yang paling gemok ni? ciss la...)

Oh, sebenarnya kitorang jumpa kat majlis tunang zue. Dah jadi tunang orang dah kawan aku ni..
teringat zaman2 sekolah dulu..slalu cakap agak2 siapa yang kawin dulu ek? time tu memang dah agak mesti zue or salwan yang kawin dulu coz diorang ni cepat matang sikit..hahaha. Tapi, zue baru je tunang kan..belum nikah lagi..mana la tau tiba2 aku pulak yang kawin dulu ke...opsss, gatainyer...hahaha

Then, aja kena antar salwan gi bus stand pulak sebab salwan kena balik awal...banyak keja katanya (actually bapak aja yang antar..hahaha) aku pun duk menyibuk nak ikut..ikut antar jela..bukan aku balik sekali. Awal lagi kot..cuti aku pun panjang lagi..hahaha. Kesian salwan tak sempat nak tengok bestie dia tunang. oh, aku ngan aja pun tak sempat tengok sebab by the time kitorang sampai (lepas antar salwan) semuanya dah selesai..hurm, takpe la..atleast dapat jumpa pun jadi la..

Oh, mula2 aku ingat nak join salwan pi larkin sentral sebab nak pi batu pahat kononnyer..yela, mak aku awal2 lagi dah balik kampung dulu. Sebab dia ingatkan aku taknak ikut. Bukan aku taknak ikut tapi aku ingatkan mak nak kejar masa ke ape ke kan sebab semalam aku tanya mak, mak nak balik kampung kol berapa kan..mak cakap pagi. So, memang tak sempat la nak ikut kan..tadi aku tanya mak lagi sebab time tu dah nak tengah hari pun mak tak bertolak lagi kan. Aku tanya mak leh tak balik lambat sikit. Mak kata takleh sebab takot lambat2 nanti ngantuk....so, fine la kan. So, aku gitau la aja, skali dia kata lepas ni dia nak balik Batu Pahat. So, memang bagus sangat la tu...aku tumpang jela sampai Batu Pahat. So, lepas antar salwan, balik umah kemas2 barang. Jumpa aja n family dia. Sebelum bertolak balik, singgah kenduri kawin kat kawasan umah aku tu dulu. Then, baru la bertolak ke BP...yeay..btw, aku tak gitau mak pun aku nak balik..hehe, jahat betul.

Around 3.30 camtu, kitorang pun bertolak n sampai umah atok hampir kol 7 gak la. Gila lama..perjalanan yang slalunya 1 jam setengah je jadi 3 jam setengah..ish3, tapi dah nama pun tumpang kan..bersyukur jela orang nak tumpangkan. Oh, lambat sampai sebab bapak dia guna jalan lama, tak guna highway. Tiba2 lalu pontian n pekan nenas pulak kan...pastu singgah kilang kelapa la. Atok dia beli hampas kelapa untuk bagi makan kat kambing...biar kambing cepat gemuk. Pastu singgah umah sedara dia pula, hantar keje sekolah tertinggal...duk makan2 dulu. Pastu baru la smapai umah atok saya..=). Fuhhh, gilerr jauh perjalanan.

Sampai kampung semua orang terkejut. Yela, ingatkan siapa la yang datang kan..mak dah bising2. Yela, ingatkan taknak balik. Mak siap ngantuk2 dalam kereta. Yela, kalau aku ada leh la teman kan. Atok lak suruh aku hidangkan la pape kat famili aja tu kan. Sekali bila aku nak hidangkan, tengok2 diorang dah blah...ciss la. Aja kata dia kejar masa. Yela, dah nak maghrib pun kan...takpe la, len kali leh singgah.

Oh, atok aku ada wat kenduri doa selamat sebenarnya malam tu. Atok aku memang tiap2 taun wat..tapi dah lama aku tak join sekali. Yela, aku stadi pun jauh2 kan. Btw, dulu selalunya guest dijamu dengan nasi ambang kat dalam dulang. Tapi sekarang ni dah wat style buffet line plak. Aku pun tak tau sejak bila la ditukar ni kan. Makanan yang dihidang pun dah lain. Bukan nasi ambang lagi. Tapi nasi kosong and lauk2 la...ada ayam masak kicap, nangka masak lemak, sambal goreng, rendang daging, pulut kuning, cream puff, agar2, buah oren, lagi ape yek?? lupa lak...oh,gambar takde la..lupa pulak nak amek.

Oh, aku online dalam bilik ni...sibuk pulak budak2 ni. Pantang nampak benda2 teknologi ni la...dah di halau baru la nak blah..

p/s: esok dah nak balik, tapi tak beli tiket lagi..suka sangat main terjah jela...harap2 ada tiket la..
-elisya_308=)-

Friday, March 18, 2011

Jalan2 cari CC..

Hari ni mak ajak keluar nk print pelan umah mak..
yela, kat umah dah takde print...
kan aku dah angkut pi puncak..
nak pi print tapi pendrive takde plak...camne yek??
ah, bawak jela laptop skali..

Nak mencari cc punya la susah..
yela, kat Gelang Patah mana la ada kan...
so, terpaksa la pi Taman U.
sampai kat cc, terpikir, camne nak print kalau pelan tu kat dalam laptop?
tanya pakcik cc tu ade pendrive tak sebab dokument yang nak print tu dalam laptop..
dia boleh jawab taktau...kompem tak paham bahasa melayu...
then, aku mesej la kakakku suruh dia sent pelan tu kat email aku..tapi dia tak reply plak..
so, pi la cari dia kat tempat keje dia..
tapi tak jumpa..hurm...

Taktau nak watpe n alang2 dah dekat ngan Jusco, jom kt round2 shopping dulu...sambil isi perut..
destinasi kita, SEDAP CORNER sebab aku nak mam nasi...takmo la fast food ni..
xtau la sedap ke tak kan...try jela...
aku order nasi goreng kampung n mak pulak order kuey tiew penang..
kuew tiew dia ok la..sedap tapi nasi goreng dia takde rasa...lupa nak letak garam kot...
lepas mencekik, kita jalan2 pulak..mak belikan kakakku hadiah untuk besday dia..
pastu ingatkan nak balik, tiba2 kakak mesej..kata tadi dia busy n dia dah pun sent pelan tu kat email aku..
so, sebelum balik, pegi la cc dulu print pelan tu..

p/s: tidur dengan sebotol air panas dituam diperut...women problem..
-elisya_308-

Monday, November 22, 2010

Suratan atau Kebetulan...

"Slamat Pengantin Baru" untuk kakak ku yang dah pun selamat menikah pada hari jumaat lalu...



Pada hari itu, macam2 hal jadi..tp alhamdulillah, semuanya dah pun selamat.

Malamnyer plak, aku terus bergegas balik ke Shah Alam balik.
Sebab esoknyer (20/11), aku perlu ambil jubah konvo aku pula.
Naik bas pukul 11 malam dan sampai pukul 4 pagi.
Pukul 8 dah kena amik jubah.
Lepas segala2nya selesai, kami wat reunion kejap..
Makan di restoran mne tah..hampir 1 klas gak la pegi.
Sangat happening. cme sayangnyer xde lecturer la.
Then, pukul 4 petang, aku bertolak balik ke jb semula.
Gilerr, cuma 12 jam di Shah Alam.

Masa dalam bas otw balik ke jb, aku duduk double seat. Sebelah aq lelaki.
Ada jugak la kami berborak sedikit.
Dier yang bertanya dan aku cuma menjawab. lebih2 lagi bila ternampak beg konvo aku.
Kemudian masing2 senyap.
Aku xtahu kenapa, tapi aku rasa agak familiar dengan dak laki 2.
Rasa cam dah lama kenal or something like that la..
Jangan salah paam, bukannyer aku tertarik or something like that k.
Aku curi2 tengok muka dier. Muka macam sedara-mara belah ayah je.
Tak tau kenapa, tapi aku sangat2 yakin.
Nak tegur malu, yela..aku ni pompuan. Kang dia ingat aku nak ngorat dia pulak.
Then, ble hampir nak sampai, dia kol famili dia dan ada menyebut tentang kota tinggi dan penawar.
Ni memang konfem ni..
So, aku beranikan diri bertanya..

Aku: Nak pegi bandar penawar ke?
Dia: Aah..
Aku: Kenal A***?? (aku petik je nama sedara mara belah ayah)
Dia: A*** mana??
Aku: Owh, mungkin silap orang kot.
Dia: A*** bin ape??
Aku: A*** bin A**n.
Dia: owh, dia anak sedara saya. (sambil wat muka kompius)
Aku: Owh, kalau camtu, kita ni sedara la..
Dia: (bertambah2 kompius)
Aku: kenal tak M? Dia ayah saya.
Dia: Owh..(sambil gelak2 xpercaya)

Dia yang aku jumpa diatas bas itu adalah sepupu aku, I. Lawak betol kan bila sepupu sendiri pun tak kenal. N boleh pulak berjumpa dalam bas, duduk sebelah je pulak tu. Suratan atau kebetulan? Kemudian kami pun berborak2 dan bertukar cerita macam dah lama kenal. Ajaib sungguh.
tak sempat nak berjumpa dengan 'si dia' semasa di Shah Alam.

p/s: 26 aribln ni, aku akan kembali ke Shah Alam. Hari konvo...
elisya_308=)