Monday, November 22, 2010

Suratan atau Kebetulan...

"Slamat Pengantin Baru" untuk kakak ku yang dah pun selamat menikah pada hari jumaat lalu...



Pada hari itu, macam2 hal jadi..tp alhamdulillah, semuanya dah pun selamat.

Malamnyer plak, aku terus bergegas balik ke Shah Alam balik.
Sebab esoknyer (20/11), aku perlu ambil jubah konvo aku pula.
Naik bas pukul 11 malam dan sampai pukul 4 pagi.
Pukul 8 dah kena amik jubah.
Lepas segala2nya selesai, kami wat reunion kejap..
Makan di restoran mne tah..hampir 1 klas gak la pegi.
Sangat happening. cme sayangnyer xde lecturer la.
Then, pukul 4 petang, aku bertolak balik ke jb semula.
Gilerr, cuma 12 jam di Shah Alam.

Masa dalam bas otw balik ke jb, aku duduk double seat. Sebelah aq lelaki.
Ada jugak la kami berborak sedikit.
Dier yang bertanya dan aku cuma menjawab. lebih2 lagi bila ternampak beg konvo aku.
Kemudian masing2 senyap.
Aku xtahu kenapa, tapi aku rasa agak familiar dengan dak laki 2.
Rasa cam dah lama kenal or something like that la..
Jangan salah paam, bukannyer aku tertarik or something like that k.
Aku curi2 tengok muka dier. Muka macam sedara-mara belah ayah je.
Tak tau kenapa, tapi aku sangat2 yakin.
Nak tegur malu, yela..aku ni pompuan. Kang dia ingat aku nak ngorat dia pulak.
Then, ble hampir nak sampai, dia kol famili dia dan ada menyebut tentang kota tinggi dan penawar.
Ni memang konfem ni..
So, aku beranikan diri bertanya..

Aku: Nak pegi bandar penawar ke?
Dia: Aah..
Aku: Kenal A***?? (aku petik je nama sedara mara belah ayah)
Dia: A*** mana??
Aku: Owh, mungkin silap orang kot.
Dia: A*** bin ape??
Aku: A*** bin A**n.
Dia: owh, dia anak sedara saya. (sambil wat muka kompius)
Aku: Owh, kalau camtu, kita ni sedara la..
Dia: (bertambah2 kompius)
Aku: kenal tak M? Dia ayah saya.
Dia: Owh..(sambil gelak2 xpercaya)

Dia yang aku jumpa diatas bas itu adalah sepupu aku, I. Lawak betol kan bila sepupu sendiri pun tak kenal. N boleh pulak berjumpa dalam bas, duduk sebelah je pulak tu. Suratan atau kebetulan? Kemudian kami pun berborak2 dan bertukar cerita macam dah lama kenal. Ajaib sungguh.
tak sempat nak berjumpa dengan 'si dia' semasa di Shah Alam.

p/s: 26 aribln ni, aku akan kembali ke Shah Alam. Hari konvo...
elisya_308=)

1 comment: